Musafir Teragung
Feb 25, 2022
Lirik : Kamal Luqman
Lagu : Khairul Nizam
Artis : IsOne Voice
Sejarah tercipta di alam duniawi
Terjadinya di suatu malam yang sepi
Musafirnya nabi jauh di muka bumi
Agungnya Rabbul Izzati
Sebelum Nabi melangkah pergi
Hadirnya Jibril membersih hati
Lalu terpancar jiwa nan suci
Diri seorang kekasih Ilahi
Dari Masjidil Haram hingga Masjidil Aqsa
Buraq menjadi tunggangannya
Tujuh petala langit telah menjadi saksi
Pergi menghadap Ilahi
Digambarkan siksa penghuni neraka
Dibayangkan nikmatnya gambaran syurga
Buat peringatan umat di dunia
Maha Kuasa Sang Pencipta
Tamatlah musafir yang beribu batu
Pergi menghadap Allah yang satu
Turunlah perintah solat lima waktu
Sehingga nabi tersipu malu
Pulangnya nabi bawa berita
Assiddiq membenarkan katanya
Tersimpul kuat iman di dada
Menjadi tauladan ummat manusia
Fitrah Lebaran
Apr 28, 2021
Lirik : Kamal Luqman
Lagu : Khairul Nizam
Artis : IsOne Voice
Allah Allah Allahu Akbar
Allahu Akbar Walillahilhamd 2x
Hilal Syawal kian menjelma
Ramadhan sampai ke hujungnya
Saat kemenangan yang indah
Penuh barokah
Laungan takbir pun bergema
Tanda syukur pada yang Esa
Taqwa matlamat yang utama
Mari sama kita tebarkan
Rimbunan doa kemaafan
Seikhlas budi dan nurani
Di hari lebaran
Yang jauh sama dekatkan
Yang keruh kita sama jernihkan
Kembalilah pada fitrah insani
Yang miskin janganlah dipinggirkan
Bersamalah kita raikannya
Allah Allah Allahu Akbar
Allahu Akbar Walillahilhamd 2x
Azzahra
Jan 29, 2020
Lirik : Kamal Luqman
Lagu : Khairul Nizam
Artis : IsOne Voice
Dilahirkan di tanah Mekah
Ibu baginda Ummu Khadijah
Azzahra permata Rasulullah
Terukir namamu dalam nubuwah
Kaulah wanita yang setia
Mendampingi penghuni syurga
Berkorban jiwa demi keluarga
Teguh dilandasan iman dan taqwa
Fatimah dikau menjadi saksi
Perjuangan tulus suci
Sebagai anak jua Isteri
Berbakti demi Ilahi
Ibarat bunga mekar menawan
Indahnya tiada tandingan
Kau menghiasi kehidupan
Kekasih Rasul Junjungan